Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah..kita dah melangkah ke tahun 2012 dengan meninggalkan tahun 2011 dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Seperti kebanyakan rakan-rakan yang lain diluar sana, aku pun turut melalui pengalaman pahit dan manis pada 2011. Kalau di awal tahun 2011, pelbagai azam dipasang olehku, ingin menggandakan hasil jualan aku, mendalami ilmu2 yg berguna, ilmu hitam tak termasuk....hehehehe....
Pelbagai dugaan aku tempuh di akhir-akhir tahun 2011. Nilai persahabatan menjadi tema tahun 2011 bagi aku. Ini dari mulut aku sendiri...kalo korang tak setuju aku tak kesah, jangan baca lagi baik. Aku tulis kat sini sebab ni blog aku dan aku boleh tulis apa sahaja aku nk tulis. :D
Nilai persahabaatn tidak boleh dibeli dengan matawang RM ataupun matawang asing. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran adalah matawang yang paling bernilai dalam memastikan persahabatan itu kekal sampai ke akhir hayat...dan hasilnya mengajar aku menjadi lebih matang, lebih berhati-hati ....supaya pisang tak akan berputik 2 kali...
Untuk sahabat aku sampai umur aku abes...terima kasih banyak-banyak sebab sanggup lalui semua kepayahan bersama...Ingatlah, Allah Maha Pemurah, Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan olehNya.
Ok lah, sampai sini dulu untuk tulisan aku kali ni, sebagai pembuka bicara untuk 2012. Banyak lagi yang akan diperkatakan, yang nak diluahkan, yang nak dikongsikan disini...

No comments:

Post a Comment