Wednesday, March 21, 2012


Berhenti solat di Masjid kawasan Selatan Thai...nama tempat dok ingat....dlm jam 4.00 kat sini...
Alhamdulillah...akhirnya selamat sampai semula ke tanah air selepas hampir 9 hari menjelajah bumi Thailand.

Sunday, February 12, 2012


PAKEJ 2012
Pakej A (RM599)
- Gambar untuk 1 hari majlis (Persandingan/Sambut Menantu).
- 1 Sticky Album (80 keping 4R).
- 1 photo + frame 12 x 8
- DVD semua softcopy (tanpa had).

Pakej B (RM1599)
- Gambar untuk 1 hari majlis (Persandingan/ Sambut Menantu).
- 1 Custom Album 12” x 15” (15 muka surat)
- 1 photo + frame 12 x 8
- DVD semua softcopy (tanpa had).
- Outdoor hari yang sama

Pakej C (RM2099)
- Gambar untuk 4 hari majlis
(Nikah, Persandingan, Sambut Menantu dan Pre Wedding/Post Wedding/Malam Berinai).
- 1 Custom Album 12” x 15” (15 muka surat)
- 2 photo + frame 12” x 10”
- DVD semua softcopy (tanpa had).
- Outdoor hari yang sama

Tambahan dari pakej
+ Majlis Nikah, 1/2 hari (RM 299
+ Majlis Persandingan / Sambut Menantu, 1 hari (RM399)
+ Sticky Album 80 keping 4R (RM199)
+ Custom Album 12” x 15”, 15 muka surat (RM399)
+ Outdoor hari lain, 1/2 hari (RM299)
  • Deposit – Minima RM100 (booking fee) keutamaan tarikh diberi pada yang telah membayar deposit.
  • Semasa /selepas majlis – 50% Harga Pakej
  • Baki – Semasa terima semua (Sticky Album/Custom Album/DVD) yang telah dijanjikan

Friday, February 10, 2012

Permulaaan tahun 2012 tidak begitu memuaskan bagi aku. Mungkin perjalanannya masih perlahan. Banyak yang perlu dirancangkan. Aku baru sahaja menghabiskan Program Kepimpinan anjuran Agensi Melayu Terulung Great Eastern Takaful di Pantai Timur ini iaitu Agensi Nasir & Sahabat dengan mendapat sokongan penuh dari Great Eastern Takaful Kuala Lumpur. Banayak yang aku pelajari dalam program sehari ni, antaranya ianya dapat membina keyakinan diri bagaiumana hendak berdepan dengan masyarakat khususnya Melayu yang masih lagi ditak dapat menerima sepenuhnya tentang insurans hayat. Mereka masih berpendapatinsurans hayat tidak perlu bagi mereka. Pelbagai alasan diterima diluar sana, kalau dulu sebelum ada Takaful, alasan halal haram dijadikan alasan, tetapi sekrang apa lagi alasan yang akan diberikan? Sama-sama lah kita tunggu. Aku sudah terlibat dalam dunia insurans hayat sejak 1998 iaitu 14 tahun yang lepas, tetapi masih tidak menemui turning point untuk mengubah nasib. Ini kerana sikap aku sendiri yang tidak begitu yakin dengan diri sendiri. Tetapi tahun 2012 mungkin menjadi turning point untuk aku, kerana aku mendapat sokongan dari isteriku yang juga sama-sama menyertai bidang ini. Insya-Allah bermula Januari 2014, aku akan melangkah sebagai Full-Time Life Insurance Advisor, itu tekad aku. Aku akan meletak jawatan sebagai penjawat awam dan akan menumpukan perhatian kepada bidang aku ini.
Sekian buat masa ini dulu catatan aku. tata..titi..tutu...

Sunday, January 22, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah..kita dah melangkah ke tahun 2012 dengan meninggalkan tahun 2011 dengan pelbagai kenangan pahit dan manis. Seperti kebanyakan rakan-rakan yang lain diluar sana, aku pun turut melalui pengalaman pahit dan manis pada 2011. Kalau di awal tahun 2011, pelbagai azam dipasang olehku, ingin menggandakan hasil jualan aku, mendalami ilmu2 yg berguna, ilmu hitam tak termasuk....hehehehe....
Pelbagai dugaan aku tempuh di akhir-akhir tahun 2011. Nilai persahabatan menjadi tema tahun 2011 bagi aku. Ini dari mulut aku sendiri...kalo korang tak setuju aku tak kesah, jangan baca lagi baik. Aku tulis kat sini sebab ni blog aku dan aku boleh tulis apa sahaja aku nk tulis. :D
Nilai persahabaatn tidak boleh dibeli dengan matawang RM ataupun matawang asing. Kepercayaan, keikhlasan, kejujuran adalah matawang yang paling bernilai dalam memastikan persahabatan itu kekal sampai ke akhir hayat...dan hasilnya mengajar aku menjadi lebih matang, lebih berhati-hati ....supaya pisang tak akan berputik 2 kali...
Untuk sahabat aku sampai umur aku abes...terima kasih banyak-banyak sebab sanggup lalui semua kepayahan bersama...Ingatlah, Allah Maha Pemurah, Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan olehNya.
Ok lah, sampai sini dulu untuk tulisan aku kali ni, sebagai pembuka bicara untuk 2012. Banyak lagi yang akan diperkatakan, yang nak diluahkan, yang nak dikongsikan disini...

Wednesday, February 2, 2011